sepetik telunjuk

speak thousand words.. May photography become His means to grant His hidayah to us, insyaAllah. Say thank to Him, may He bless what we do (and did) for the rest of this life.

Wednesday, December 14, 2011

My Design Thesis

Introduction to thesis issue








and for the time being, i'm still working on how to transfer the idea into the architectural design. Basically this is the idea:






It's kinda controversial and sensitive since the issue is about Islam VS Culture. I did provide some questionnaires to know how do people respond for this kind of idea. Feel free to show yours! This is the link: http://apps.facebook.com/my-surveys/gcq9uv3a

Thanks!

Wednesday, November 9, 2011

Sunnah itu indah



Antara sunnah junjungan Nabi Muhammad S.A.W. ialah memakai jubah.. menggunakan kayu sugi.. memakai kain separuh betis.. dan jangan kita lupa dengan sunnah yang lebih besar iaitu memerintah dunia dgn Islam!! -Tuan Guru Nik Aziz

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha







"Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh, kepada semua umat Islam diucapkan selamat menyambut Hari Raya Idul Adha 1432H. Sebagaimana biasa (menjelang) Hari raya Idul Adha ialah berlaku sehari sebelumnya Hari Wukuf atau Hari Arafah. Hari untuk berhenti dan berdoa di Padang Arafah. Maka kita di Kelantan, sejak 18 tahun lalu turut mengadakan Majlis Menghayati Hari Wukuf. Ia sebagai tanda sama-sama menghayati cara ibadat haji para Jemaah Haji di Tanah Suci. Justeru bagi tahun ini, saya menyeru agar setiap kita dapat berdoa. Antara doa ialah pertama "mohon Allah beri ke Negeri Kelantan ini royalti minyak, dan keduanya agar perjuangan Islam ini dapat (menang) sampai ke Putrajaya. InsyaAllah, semoga kita semua dapat meningkatkan amal kebajikan, agar kita tetap dirahmati Allah di hari Idul Adha ini. Labbaika Allahuma Labbaik...Allahu Akbar." Tok Guru


Wednesday, October 12, 2011

Graduasi






Tahniah kepada rakan-rakan

"Konvokesyen hanyalah upacara rasmi. Semoga ia bukan majlis pengebumian bagi graduan yang hanya mengejar sekeping sijil, namun tidak berniat menunai amanah ilmu memanfaati ummah. Sijil itu ringan, tetapi amanahnya amatlah berat.

Semoga tepukan dan ucapan tahniah itu menjadi tamparan dan terajangan untuk menyedarkan graduan dari dibelai mimpi kefanaan gaji bulanan tanpa diiringi usaha untuk menambahbaik masyarakat.

Semoga ALLAH memberi panduan & kekuatan untuk sama-sama memandu & menguatkan ummah."
- Keru

Tuesday, March 1, 2011

H30K





“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa apabila dikatakan kepada kamu, berangkatlah ke jalan Allah, kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih menyayangi kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan) dengan akhirat hanyalah sedikit”

Surah At-Taubah : 38

Tuesday, February 15, 2011

Island of Peace



Burung pipit terbang mencari air. Ia menyedut dan menyimpan air tersebut di dalam paruhnya yang kecil itu. Burung-burung lain kehairanan melihat perlakuan burung pipit. “Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?” tanya burung-burung yang lain. “Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim,” jawab burung pipit. “Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil. Sia-sia saja usaha kamu itu,” kata burung lain pula.

Berputus asa tiada sekali sambil meneruskan usahanya untuk membantu Nabi Ibrahim. Lalu dibawanya air yang disimpan di dalam paruhnya itu ke arah api yang marak. Dengan izin Allah SWT, api yang marak itu semakin berkurangan. Itu sahaja yang ia mampu untuk membantu Nabi Ibrahim. Walau sedikit cuma pertolongannya, ia berpuas hati. Sekurang-kurangnya ia telah menjalankan tanggungjawabnya.. tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

Setiap usaha walaupun sekecil usaha burung pipit yang menolong memadamkan api yang membakar nabi Ibrahim a.s insyaAllah menjadi salah satu amalan yang bakal dihitung di hadapan Allah swt. Bagaimana pula dengan kita? SEBESAR manakah usaha yang telah kita lakukan bagi menegakkan Islam di muka bumi yang sementara cuma ini? Sekecil mana pula usaha kita apabila melihat agama kekasih Allah junjungan kita dipermain sewenang-wenangnya hari ini? Ataupun kita lebih selesa untuk hidup selesa tanpa ambil peduli..



enjoy the view



Towkey ikan



^^,



The view



fast forward



morning 3



Morning 2



Morning..



children of Pulau Aman



natural creature



alone..



Sepasang suami isteri, Mencari sesuap nasi..



Jala Ikan



Morning view

Sunday, February 13, 2011

Saturday, May 22, 2010

Sunday, May 2, 2010

Maaf.. aku sudah bertunang..



Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang insan biasa. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti Syeikh Qadir al-Jailani. Aku hanya seorang insan yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.



Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."



Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh sanubari aku sebagai hamba Allah. 'Malam Pertama'... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Siapa tunang? Mesti hebat orangnya. Lawa tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.



"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan diri dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila nak menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti insyaAllah akan tahu jua..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Keru tersenyum megah.

"Kalau tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...


"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."


Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.


Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.


"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Hafiz bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Siapa tunangannya, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, dia hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Nasron mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la dia selalu menangis... Hafiz tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu dia mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Hafiz masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari yang diberikan oleh ibu.



"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat saya memakai cincin. Kerana, saya sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila saya akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.


~DUNIA HANYA SEMENTARA~

*Little editing have been done on the original article.. few blogs have published this story.. nop sure which is the original one.. sharing is caring nway

* The saying quoted at the Hanging Love photos is taken from my fren's Ahmad Fakhrurrazi fb status


__________

Thursday, April 29, 2010

The One & Only





(Allah, the eternally Besought of all!) the Master whose glory is at its peak and for Whom all created beings are in need; it is also said that (al-Samad) means: He Who does not eat or drink; it is also said that this means: He Who does not have an interior; it is also said that this means: the Everlasting; and it is also said this means: the Sufficient; and it is also said this means: He who does not have an entrance or exit.


Tafsir Ibn 'Abbas, trans. Mokrane Guezzou
© 2008 Royal Aal al-Bayt Institute for Islamic Thought, Amman, Jordan (http://www.aalalbayt.org)

Thursday, April 15, 2010

Kelas Al-Quran & Iqra Remaja




Jom ajak anak-anak, sanak sedara, rakan taulan.
Bersama melahirkan generasi yang celik Al-Quran!

Tuesday, March 30, 2010

Teguh Bersama Kepimpinan Ulama'




"Bantu saya jayakan misi bersama Pakatan Rakyat"


PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI AL-MURSYIDUL AM PAS

• Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.

• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.

• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.

• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.

Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.

Sekian, wassalam.




TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 29 Mac 2010

Sunday, March 28, 2010

God's Miracle



"Dan diantara tanda-tanda kekuasaa-Nya ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak" | Ar Ruum: 20 |

Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari sari pati air yang hina (air mani), Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan ke dalam (tubuh)nya roh (ciptaan)-Nya." | As Sajdah 8-9 |

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang paling sempurna diantara ciptaanNya yang lain. Dibekalkan dengan akal fikiran untuk berfikir berbanding dengan haiwan yang hanya dibekalkan dengan otak semata-mata tanpa akal.

Proses penciptaan manusia ini melalui satu proses yang begitu kompleks sekali sehingga ada yang menamakan ia sebagai satu proses yang ajaib.


Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada pasangan manusia yang seharusnya lahir daripada ikatan perkahwinan yang suci kerana secara fitrahnya berhajat dan mengharapkan kurniaan itu. Justeru, mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga amanah Allah ini yang mencakupi segala keperluan fizikal, mental dan material. Namun pada hari ini kita dapat melihat satu fenomena dan suasana yang cukup berbeda. Anugerah Allah ini tidak lagi menjadi sesuatu kurniaan yang di nanti-nantikan akan kelahirannya. Saban hari belakangan ini kita dapat lihat betapa kurniaan Allah yang satu ini di perlakukan dengan begitu keji dan kejam sekali! Di buang merata-rata tempat sesuka hati. Dalam lubang tandas, di tempat pembuangan sampah, ditepi sungai,di kaki lima masjid dan yang terbaru belakangan ini manusia menjadi semakin berani dan bodoh serta hilang pertimbangan akal yang waras kerana sanggup membakar anugerah Sang Pencipta ini! Ada juga yang ditinggalkan entah di mana sehinggakan menjadi habuan kepada anjing! MasyaAllah.. manusia suda gila! Tak sanggup rasanya untuk melihat gambar bayi-bayi yang dilahirkan comel-comel serta cukup sifatnya ini diperlakukan sebegitu rupa, sebagaimana yang dipaparkan di dada akhbar-akhbar harian.



APALAH dosa bayi yang tidak berdosa dibuang. Betapa kejam dan tidak berhati perut manusia yang berbuat demikian. Sudahlah melakukan dosa besar dengan berzina kemudian membunuh pula anak hasil hubungan haram berkenaan! Mereka ini jauh lebih jahil dari manusia pada zaman jahiliah. Pada zaman jahiliah mereka membuang dan menanam bayi perempuan yang dianggap memalukan keluarga mereka. Tapi jahiliah zaman moden bukan hanya membuang bayi perempuan, tapi juga bayi lelaki. Di manakah perikemanusiaan dan harga diri atau maruah masyarakat sekarang jika bayi yang tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dibuang begitu saja. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang perlu bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya.


Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] Datuk Alwi Ibrahim telah mendedahkan peningkatan Anak Luar Nikah [ALN] yang didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara: [ Berita Minggu : 21 Mac ]

a] 2007 : 16,100 anak Luar nikah
b] 2008 : 16,541 anak luar nikah
c] 2009 : 17,303 anak luar nikah

Datuk Alwi juga menyebut bahawa dalam tempoh 5 tahun terakhir Jabatan Pendaftaran Negara telah mencatatkan 74,723 anak luar nikah yang membabitkan orang melayu Islam .

[ Fakta ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ]

Sepanjang tempoh yang sama [ 5 tahun ] , seramai 214,033 bayi luar nikah didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf termasuk kes anak yang tidak berbapa dari pelbagai bangsa dalam negara kita .


Fakta yang di paparkan ini satu lagi episod kebinasaan dan kemusnahan yang sedang deras melanda negara . Membunuh sistem nilai dan memasung maruah ummah . Segalanya angkara nafsu yang tidak dipandu oleh wahyu . Hidup dalam satu sistem politik dan sosial yang terhindar dari petunjuk Allah swt dan pedoman sunnah Rasulullah saw. (Nasrudin Hassan at Tantawi)


Lalu siapakah yang bersalah dalam hal ini? Pemuda-pemudi yang sudah tidak tahu batas-batas agama lalu hidup untuk memuaskan nafsu semata-mata?


Bagaimana pula halnya dengan ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka hidup dengan dikelilingi hiburan tanpa membekalkan mereka dengan ilmu-ilmu agama yang secukupnya? Atau ibubapa yang redha dengan anak-anaknya keluar dengan pasangan mereka dan begitu bebas keluar masuk rumah pasangan tanpa satu ikatan yang sah. Dan hari ini juga kita dapat lihat satu fenomena dimana ibubapa bertudung litup serta bersongkok hebat, tapi anak-anak dibiarkan bebas menayangkan aurat semacam orang kafir.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila cukup umur dan mengajarnya al-Quran" | riwayat al-Hakim dan ad-Dailamy |


Seperkara lagi yang tidak kurang juga pentingnya ialah kegagalan pihak berwajib menjalankan tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran [ an Nahyu a'nil mungkar ] . Seketika , nasib pelacur , mak nyah lebih baik dari penceramah agama dan pendakwah yang sering diburu kerana tiada tauliah . Demikian juga nasib kelab malam dan pusat hiburan yang mendapat cop "halal" oleh pihak berkuasa tempatan nyata lebih baik dari masjid dan surau yang tidak dibenarkan menganjur majlis - majlis ilmu .

Apa yang berlaku ialah al amrul bil mungkar wa nahyu a'nil makruf ! Khatib yang membaca khutbah tanpa tauliah dari jabatan agama meskipun mendapat ijazah dari universiti Islam senantiasa dalam resah dan gusar diburu oleh penguatkuasa agama berbanding rasa selamat dan selesanya mereka yang langsung tidak hadir solat jumaat .

Setiap kali dipersoal , pihak penguatkuasa ini sering menggunakan hujjah arahan orang atas ! Tentunya orang atasan ialah orang yang berkuasa iaitu kerajaan yang memerintah . Malang bagi sebuah kerajaan yang memiliki kuasa dan mandat rakyat tidak menggunakannya untuk membasmi maksiat dan mungkar tetapi sebaliknya menunjukkan sikap anti agama atau anti Islam . Islam yang mereka mahu ialah Islam yang boleh kompromi dengan maksiat dan mungkar .

Contoh : Masjid dibina tetapi Kelab Malam juga dibina . Musabaqah Al Quran dianjur tetapi Akademi Fantasia juga dianjur .
Peluang pekerjaan disedia tetapi pusat - pusat judi juga disediakan dan banyak lagi contoh contoh lain .

Rakyat yang jahil tanpa agama di biarkan berterusan jahil dan sebaliknya membekalkan mereka dengan dadah hiburan yang melalaikan.Mungkin mereka ini sudah bersedia dengan skrip-skrip yang akan di gunakan apabila berhadapan dengan persoalan dari yang Maha Kuasa di akhirat kelak di atas kemungkaran yang terus subur dari hari ke hari di bawah pemerintahan mereka, tanpa ada tanda-tanda untuk berkurang.

Menjadi tanggungjawab setiap individu untuk bangkit berjuang bagi menyelamatkan negara dari kebinasaan dan kemusnahan ini dengan membuat desakan agar syariat Islam dilaksana dan didaulatkan . Ianya adalah satu desakan berasas setelah semua pihak menyaksikan kegagalan total sistem peraturan dan undang - undang ciptaan manusia .

_

__________________________________________sepetik lagu

Listen to Quran