"Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi daripadanya".
“Dan berpegang teguhlah sekalian kamu kepada tali Allah (Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu, orang-orang Islam yang bersaudara” Surah Ali Imran : 103
A.M.A.L merupakan akronim kepada Persatuan Alumni Maahad Muhammadi negeri Kelantan. A.M.A.L adalah pada asalnya singkatan kepada Alumni Maahad Muhammadi Lilbanin / Lelaki. Namun, setelah digabungkan dengan MMP dan MMPP, A.M.A.L masih lagi dikekalkan berdasarkan singkatan ‘L’ boleh juga digunakan untuk Lilbanat.
Selain itu, maksud A.M.A.L itu sendiri ialah cita-cita dalam bahasa Arab. A.M.A.L mempunyai maksud yang sangat dalam jika dihayati dengan sepenuh hati. A.M.A.L bermaksud suatu cita-cita untuk menyatukan generasi Maahad dalam kesinambungan ukhuwwah yang berterusan, di bawah naungan Islam yang syumul, berpaksikan penerusan dakwah dan tarbiyyah yang tiada noktahnya, insyaALLAH.
Sehingga pada April 2005, permohonan A.M.A.L telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan - Registration of Society (ROS). InsyaALLAH dalam tempoh sebulan ini A.M.A.L akan dinaik taraf sebagai NGO berdaftar. Dengan ini, banyak perkara akan dapat dipertingkat dan diperkemas sekaligus menyebarluaskan lagi A.M.A.L kepada alumni Maahad bukan sahaja di Malaysia bahkan yang berada di seluruh dunia.
Sehingga sekarang A.M.A.L boleh dikatakan telah wujud di semua kampus di Malaysia (yang ada alumni Maahad), dari matrikulasi sehingga ke kampus induk dan swasta. Malah telah diketahui kewujudannya di Al-Azhar Mesir, Queens University Belfast United Kingdom, universiti di Jepun, Jerman, Russia, Jordan, Ukraine, Damsyiq, Madinah, Indonesia dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, sumbangnya mereka dalam A.M.A.L masih belum terserlah disebabkan keahliannya yang sedikit.
Mudah-mudahan, A.M.A.L secara tidak langsung menjadi suatu tambatan akhirat, yakni pusat pelaburan saham akhirat kepada kita semua generasi Maahad dalam berganding bahu menyampaikan seruan Islam kepada seluruh masyarakat khususnya di Malaysia tercinta. Semoga sinar Islam kembali gemilang dan berada di puncak keagungannya yang sebenar.*Sedikit sedutan ucapan Pengerusi AMAL, Pok Uda.. di ambil dari facebook AMAL S l i d e s h o w gambar sekitar majlis 'Family Day AMAL 2010'
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam..ulasan yang baik.moga sahabat2 AMAL yg komited sentiasa istiqamah hadir ke program yg dianjurkn.Dan sahabat2 yg lain didoakan agar mendapat hidayah agar bersama-sama dlm Rabithah ini.Kerana, semuanya pilihan dari Allah..
ReplyDeleteSalam..ulasan yang baik.moga sahabat2 AMAL yg komited sentiasa istiqamah hadir ke program yg dianjurkn.Dan sahabat2 yg lain didoakan agar mendapat hidayah agar bersama-sama dlm Rabithah ini.Kerana, semuanya pilihan dari Allah..
ReplyDeletenk copy blh dop. Tulisan yg menarik. Mgkn blh memberikan kesedaran pada warga AMAL lain yg mgkn berada dlm kategori 1,2, dan 3
ReplyDeleteSilo2.. insyaAllah
ReplyDelete