speak thousand words.. May photography become His means to grant His hidayah to us, insyaAllah. Say thank to Him, may He bless what we do (and did) for the rest of this life.

Tuesday, March 9, 2010

Family Day AMAL 2010




"Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi daripadanya".

“Dan berpegang teguhlah sekalian kamu kepada tali Allah (Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu, orang-orang Islam yang bersaudara”
Surah Ali Imran : 103


A.M.A.L merupakan akronim kepada Persatuan Alumni Maahad Muhammadi negeri Kelantan. A.M.A.L adalah pada asalnya singkatan kepada Alumni Maahad Muhammadi Lilbanin / Lelaki. Namun, setelah digabungkan dengan MMP dan MMPP, A.M.A.L masih lagi dikekalkan berdasarkan singkatan ‘L’ boleh juga digunakan untuk Lilbanat.


Selain itu, maksud A.M.A.L itu sendiri ialah cita-cita dalam bahasa Arab. A.M.A.L mempunyai maksud yang sangat dalam jika dihayati dengan sepenuh hati. A.M.A.L bermaksud suatu cita-cita untuk menyatukan generasi Maahad dalam kesinambungan ukhuwwah yang berterusan, di bawah naungan Islam yang syumul, berpaksikan penerusan dakwah dan tarbiyyah yang tiada noktahnya, insyaALLAH.


Sehingga pada April 2005, permohonan A.M.A.L telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan - Registration of Society (ROS). InsyaALLAH dalam tempoh sebulan ini A.M.A.L akan dinaik taraf sebagai NGO berdaftar. Dengan ini, banyak perkara akan dapat dipertingkat dan diperkemas sekaligus menyebarluaskan lagi A.M.A.L kepada alumni Maahad bukan sahaja di Malaysia bahkan yang berada di seluruh dunia.

Sehingga sekarang A.M.A.L boleh dikatakan telah wujud di semua kampus di Malaysia (yang ada alumni Maahad), dari matrikulasi sehingga ke kampus induk dan swasta. Malah telah diketahui kewujudannya di Al-Azhar Mesir, Queens University Belfast United Kingdom, universiti di Jepun, Jerman, Russia, Jordan, Ukraine, Damsyiq, Madinah, Indonesia dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, sumbangnya mereka dalam A.M.A.L masih belum terserlah disebabkan keahliannya yang sedikit.

Mudah-mudahan, A.M.A.L secara tidak langsung menjadi suatu tambatan akhirat, yakni pusat pelaburan saham akhirat kepada kita semua generasi Maahad dalam berganding bahu menyampaikan seruan Islam kepada seluruh masyarakat khususnya di Malaysia tercinta. Semoga sinar Islam kembali gemilang dan berada di puncak keagungannya yang sebenar.

*Sedikit sedutan ucapan Pengerusi AMAL, Pok Uda.. di ambil dari facebook AMAL



S l i d e s h o w gambar sekitar majlis 'Family Day AMAL 2010'


Tahniah di ucapkan kepada pihak penganjur kerana berjaya merangka dan menjayakan program ini. Teringat kepada program seumpama yang telah berjaya di adakan empat tahun yang lalu (kalau xsilap) di Wetland, Putrajaya. Tapi rasanya program di Wetland dahulu lebih teratur dan pelbagai program nya. Mungkin kekangan waktu membataskan perancangan untuk penganjuran kali ini.

Tapi kalau di amati, kebanyakan yang terlibat dan hadir ke kedua-dua 'family day' yang telah di adakan di peringkat Lembah Klang ini, kebanyakan yang hadir adalah terdiri dari rakan-rakan yang masih lagi bergelar mahasiswa dan mahasiswi. Bagaimana pula dengan yang sudah berkerjaya mahupun yang telah berkeluarga? Walhal kalau kita lihat, ramai jer dari kalangan bekasan Ma'had yang membina karier dan berkeluarga di sekitar Lembah Klang dan dibumi Selangor Darul Ehsan ini.

Tapi sayangnya, tidak ramai yang sudah bekerjaya ataupn berkeluarga ini yang turut serta untuk sama-sama turun bagi memeriahkan majlis sebegini.
Berdasarkan pemerhatian, ambo melihat lepasan pelajar maahad ni dapat dibahagikan kpd beberapa golongan yang mana mempengaruhi penglibatan mereka dengan AMAL itu sendiri.


Golongan 1 : Tidak mahu terlibat dengan program AMAL. Mereka ini setelah selesai belajar di maahad, mereka tak mahu lagi dikaitkan dengan sebarang elemen yang berkaitan dengan ma'had2 ni.

Sebab apa? mgkn bila mngaku budak ma’had ni, orang akan expect dia belajar ilmu agama dan insyaAllah akan jadi seorang yang baik. Tapi sayangnya ilmu2 yang
di pelajari itu hanyalah sekadar untuk memastikan mereka lulus di dalam peperiksaan seperti PMRU atau SMU sahaja sebenarnya. Bukan untuk dijadikan pedoman didalam kehidupan mereka.

Kalau di peringkat kampus, selalunya yang menjauhkan diri dari AMAL ini apabila mereka menemui pasangan cinta di alam kampus. Bukan sekadar bercinta melalui sms ataupun ym mahupun apa-apa teknologi yang ada pada masa kini, tapi kehebatan mereka juga diserlahkan apabila tanpa segan silu keluar bersama-sama berdua-dua tanpa satu ikatan yang sah.. gi shopping, tengok wayang, g Genting Highland dan sebagainya lah. Hebat kan?


Ada juga yang ditarbiah semenjak di sekolah lagi, tapi ada saja yang sengaja menjauhkan diri dari program AMAL dengan 1001 alasan yang tercipta.Masih kurang kefahamankah?
Tapi pada masa yang sama, kita dapat lihat, ada muka2 yang waktu disekolah tidak dikenali pun atau mungkin dikenali dengan seorang yang bermasalah namun dapat menjadi seorang yang komited, mendahului orang2 yang menangkap mereka melakukan kesalahan di bangku sekolah ketika suatu masa dahulu.. Syabas! huhu

Sewaktu di kampus menjadi kepimpinan dalam AMAL, atau bergiat dengan aktif sekali... tapi bila sudah bekerjaya, sudah berumahtangga.. tak tahu hilang kemana..apabila di ajak, nescaya akan ada sebab musabab yang menyebabkan bliau tak mampu pergi.



Golongan 2: Tidak mahu terlibat dengan program AMAL, tapi lebih suka untuk bersama2 dengan rakan-rakan ma’had di dalam program yang mereka rancang dan anjurkan sendiri. Mereka hanya akan terlibat jika rakan-rakan mereka yang lain turut sama di dalam program itu. Dengan kata lain,’kalu mum g, aku g etek..kalu dok gak.. aku pun paka dok g gok ah..’.berehh.



Golongan 3: Mahu join tapi malas. Kalau benda tu memudahkan dia utk pergi, dia akan pergi. Kalau agak menyusahkan dirinya, dia akan secara automatik akan malas.
Malas nak berusaha lah kata lainnya. Mungkin mengharapkan bulan jatuh ke riba..


Golongan 4: Faham akan peranan AMAL dan terus komited dalam mendokong perjalanan sebuah AMAL. Selalunya muka-muka yang sama akan kelihatan hoh0..



K e s i m p u l a n n y a:


1. Mereka yang bersedia untuk mentarbiah dan ditarbiah, berazam mengislahkan diri, insyaAllah akan melihat AMAL sebagai satu medium yang ada untuk mengikat mereka dengan rantai-rantai yang dapat menegah dari melakukan apa yang di larang oleh Allah, sepertimana yang mereka belajar di madrasah muhammadi suatu masa dahulu.



2. Gagal memahami asas perjuangan AMAL dan juga gagal melihat peranan yang AMAL boleh laksanakan terutamanya di dalam masyarakat dan yang paling utama di dalam perjuangan Islam itu sendiri cenderung untuk memandang enteng terhadap AMAL. Mereka melihat program yang dilaksanakan tiadalah akan matlamat dan tujuan yang ingin dicapai.
Walhal ia sebenarnya lebih dari itu. 'Family day' ini sebagai contohnya, ialah suatu
hari yang dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dan merapatkan ukhuwwah sesama ahli. Penting ke ukhuwwah?

Terlalu banyak contoh-contoh yang berlaku pada zaman Rasullullah SAW bagi menunjukkan betapa pentingnya ukhuwwah di dalam sesebuah organisasi atau jemaah
itu. Contohnya, rasulullah telah mempersaudarakan dua puak semasa peristiwa hijrah, iaitu di antara puak Muhajirin dan Ansar bagi memastikan kelancaran agenda dakwah Islamiyah itu sendiri.

Imam Hassan Al-Banna juga telah meletakkan ukhuwwah ini juga adalah salah satu daripada rukun dalam berjemaah.

“Umat manusia ini diibaratkan seperti batu-batu yang berselerak.. dan ikatan yang bisa mengikat mereka ini adalah ikatan ukhuwwah..”



Mungkin mereka yang ganas-ganas, rockers dari lepasan ma’had akan melihat contoh-sontoh dan ‘term2’ islamik sebegini sebagai tidak ‘up to date’, tidak kontemporari, xsesuai dan sebagainya lah.. tapi sudah menjadi syarat.. untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat, benda-benda asas beginilah yang selayaknya menjadi pedoman dan ikutan sepanjang hayat.. Bukankah nabi juga adalah sebaik-baik ikutan? Tidak kiralah walau sehebat mana sekalipun arus kemajuan dan kemodenan itu melanda hidup di dunia yang sementara cuma ini.



Di peringkat AMAL pula, ambo melihat mungkin boleh mempelbagaikan lagi bentuk program yang sesuai untuk setiap lapisan golongan bagi menarik lebih banyak penyertaan ahli-ahli, sebagaimana parti-parti politik berusaha dalam mendapatkan seramai mungkin senarai daftar pemilih. Macam-macam program yang dibuat dan di atur.. Hoho

Sebagai contoh, mungkin program futsal yang menjadi sukan popular dikalangan orang-orang muda masa ini dapat dijadikan salah satu alternatif untuk menarik
golongan no. 2 seperti yang ambo nyatakan di atas.


Tahniah sekali lagi dari ambo..

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam..ulasan yang baik.moga sahabat2 AMAL yg komited sentiasa istiqamah hadir ke program yg dianjurkn.Dan sahabat2 yg lain didoakan agar mendapat hidayah agar bersama-sama dlm Rabithah ini.Kerana, semuanya pilihan dari Allah..

    ReplyDelete
  3. Salam..ulasan yang baik.moga sahabat2 AMAL yg komited sentiasa istiqamah hadir ke program yg dianjurkn.Dan sahabat2 yg lain didoakan agar mendapat hidayah agar bersama-sama dlm Rabithah ini.Kerana, semuanya pilihan dari Allah..

    ReplyDelete
  4. nk copy blh dop. Tulisan yg menarik. Mgkn blh memberikan kesedaran pada warga AMAL lain yg mgkn berada dlm kategori 1,2, dan 3

    ReplyDelete

_

__________________________________________sepetik lagu

Listen to Quran