speak thousand words.. May photography become His means to grant His hidayah to us, insyaAllah. Say thank to Him, may He bless what we do (and did) for the rest of this life.

Sunday, March 28, 2010

God's Miracle



"Dan diantara tanda-tanda kekuasaa-Nya ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak" | Ar Ruum: 20 |

Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari sari pati air yang hina (air mani), Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan ke dalam (tubuh)nya roh (ciptaan)-Nya." | As Sajdah 8-9 |

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang paling sempurna diantara ciptaanNya yang lain. Dibekalkan dengan akal fikiran untuk berfikir berbanding dengan haiwan yang hanya dibekalkan dengan otak semata-mata tanpa akal.

Proses penciptaan manusia ini melalui satu proses yang begitu kompleks sekali sehingga ada yang menamakan ia sebagai satu proses yang ajaib.


Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada pasangan manusia yang seharusnya lahir daripada ikatan perkahwinan yang suci kerana secara fitrahnya berhajat dan mengharapkan kurniaan itu. Justeru, mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga amanah Allah ini yang mencakupi segala keperluan fizikal, mental dan material. Namun pada hari ini kita dapat melihat satu fenomena dan suasana yang cukup berbeda. Anugerah Allah ini tidak lagi menjadi sesuatu kurniaan yang di nanti-nantikan akan kelahirannya. Saban hari belakangan ini kita dapat lihat betapa kurniaan Allah yang satu ini di perlakukan dengan begitu keji dan kejam sekali! Di buang merata-rata tempat sesuka hati. Dalam lubang tandas, di tempat pembuangan sampah, ditepi sungai,di kaki lima masjid dan yang terbaru belakangan ini manusia menjadi semakin berani dan bodoh serta hilang pertimbangan akal yang waras kerana sanggup membakar anugerah Sang Pencipta ini! Ada juga yang ditinggalkan entah di mana sehinggakan menjadi habuan kepada anjing! MasyaAllah.. manusia suda gila! Tak sanggup rasanya untuk melihat gambar bayi-bayi yang dilahirkan comel-comel serta cukup sifatnya ini diperlakukan sebegitu rupa, sebagaimana yang dipaparkan di dada akhbar-akhbar harian.



APALAH dosa bayi yang tidak berdosa dibuang. Betapa kejam dan tidak berhati perut manusia yang berbuat demikian. Sudahlah melakukan dosa besar dengan berzina kemudian membunuh pula anak hasil hubungan haram berkenaan! Mereka ini jauh lebih jahil dari manusia pada zaman jahiliah. Pada zaman jahiliah mereka membuang dan menanam bayi perempuan yang dianggap memalukan keluarga mereka. Tapi jahiliah zaman moden bukan hanya membuang bayi perempuan, tapi juga bayi lelaki. Di manakah perikemanusiaan dan harga diri atau maruah masyarakat sekarang jika bayi yang tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dibuang begitu saja. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang perlu bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya.


Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] Datuk Alwi Ibrahim telah mendedahkan peningkatan Anak Luar Nikah [ALN] yang didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara: [ Berita Minggu : 21 Mac ]

a] 2007 : 16,100 anak Luar nikah
b] 2008 : 16,541 anak luar nikah
c] 2009 : 17,303 anak luar nikah

Datuk Alwi juga menyebut bahawa dalam tempoh 5 tahun terakhir Jabatan Pendaftaran Negara telah mencatatkan 74,723 anak luar nikah yang membabitkan orang melayu Islam .

[ Fakta ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ]

Sepanjang tempoh yang sama [ 5 tahun ] , seramai 214,033 bayi luar nikah didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf termasuk kes anak yang tidak berbapa dari pelbagai bangsa dalam negara kita .


Fakta yang di paparkan ini satu lagi episod kebinasaan dan kemusnahan yang sedang deras melanda negara . Membunuh sistem nilai dan memasung maruah ummah . Segalanya angkara nafsu yang tidak dipandu oleh wahyu . Hidup dalam satu sistem politik dan sosial yang terhindar dari petunjuk Allah swt dan pedoman sunnah Rasulullah saw. (Nasrudin Hassan at Tantawi)


Lalu siapakah yang bersalah dalam hal ini? Pemuda-pemudi yang sudah tidak tahu batas-batas agama lalu hidup untuk memuaskan nafsu semata-mata?


Bagaimana pula halnya dengan ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka hidup dengan dikelilingi hiburan tanpa membekalkan mereka dengan ilmu-ilmu agama yang secukupnya? Atau ibubapa yang redha dengan anak-anaknya keluar dengan pasangan mereka dan begitu bebas keluar masuk rumah pasangan tanpa satu ikatan yang sah. Dan hari ini juga kita dapat lihat satu fenomena dimana ibubapa bertudung litup serta bersongkok hebat, tapi anak-anak dibiarkan bebas menayangkan aurat semacam orang kafir.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila cukup umur dan mengajarnya al-Quran" | riwayat al-Hakim dan ad-Dailamy |


Seperkara lagi yang tidak kurang juga pentingnya ialah kegagalan pihak berwajib menjalankan tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran [ an Nahyu a'nil mungkar ] . Seketika , nasib pelacur , mak nyah lebih baik dari penceramah agama dan pendakwah yang sering diburu kerana tiada tauliah . Demikian juga nasib kelab malam dan pusat hiburan yang mendapat cop "halal" oleh pihak berkuasa tempatan nyata lebih baik dari masjid dan surau yang tidak dibenarkan menganjur majlis - majlis ilmu .

Apa yang berlaku ialah al amrul bil mungkar wa nahyu a'nil makruf ! Khatib yang membaca khutbah tanpa tauliah dari jabatan agama meskipun mendapat ijazah dari universiti Islam senantiasa dalam resah dan gusar diburu oleh penguatkuasa agama berbanding rasa selamat dan selesanya mereka yang langsung tidak hadir solat jumaat .

Setiap kali dipersoal , pihak penguatkuasa ini sering menggunakan hujjah arahan orang atas ! Tentunya orang atasan ialah orang yang berkuasa iaitu kerajaan yang memerintah . Malang bagi sebuah kerajaan yang memiliki kuasa dan mandat rakyat tidak menggunakannya untuk membasmi maksiat dan mungkar tetapi sebaliknya menunjukkan sikap anti agama atau anti Islam . Islam yang mereka mahu ialah Islam yang boleh kompromi dengan maksiat dan mungkar .

Contoh : Masjid dibina tetapi Kelab Malam juga dibina . Musabaqah Al Quran dianjur tetapi Akademi Fantasia juga dianjur .
Peluang pekerjaan disedia tetapi pusat - pusat judi juga disediakan dan banyak lagi contoh contoh lain .

Rakyat yang jahil tanpa agama di biarkan berterusan jahil dan sebaliknya membekalkan mereka dengan dadah hiburan yang melalaikan.Mungkin mereka ini sudah bersedia dengan skrip-skrip yang akan di gunakan apabila berhadapan dengan persoalan dari yang Maha Kuasa di akhirat kelak di atas kemungkaran yang terus subur dari hari ke hari di bawah pemerintahan mereka, tanpa ada tanda-tanda untuk berkurang.

Menjadi tanggungjawab setiap individu untuk bangkit berjuang bagi menyelamatkan negara dari kebinasaan dan kemusnahan ini dengan membuat desakan agar syariat Islam dilaksana dan didaulatkan . Ianya adalah satu desakan berasas setelah semua pihak menyaksikan kegagalan total sistem peraturan dan undang - undang ciptaan manusia .

2 comments:

_

__________________________________________sepetik lagu

Listen to Quran