speak thousand words.. May photography become His means to grant His hidayah to us, insyaAllah. Say thank to Him, may He bless what we do (and did) for the rest of this life.

Tuesday, March 9, 2010

Family Day AMAL 2010




"Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi daripadanya".

“Dan berpegang teguhlah sekalian kamu kepada tali Allah (Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu, orang-orang Islam yang bersaudara”
Surah Ali Imran : 103


A.M.A.L merupakan akronim kepada Persatuan Alumni Maahad Muhammadi negeri Kelantan. A.M.A.L adalah pada asalnya singkatan kepada Alumni Maahad Muhammadi Lilbanin / Lelaki. Namun, setelah digabungkan dengan MMP dan MMPP, A.M.A.L masih lagi dikekalkan berdasarkan singkatan ‘L’ boleh juga digunakan untuk Lilbanat.


Selain itu, maksud A.M.A.L itu sendiri ialah cita-cita dalam bahasa Arab. A.M.A.L mempunyai maksud yang sangat dalam jika dihayati dengan sepenuh hati. A.M.A.L bermaksud suatu cita-cita untuk menyatukan generasi Maahad dalam kesinambungan ukhuwwah yang berterusan, di bawah naungan Islam yang syumul, berpaksikan penerusan dakwah dan tarbiyyah yang tiada noktahnya, insyaALLAH.


Sehingga pada April 2005, permohonan A.M.A.L telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan - Registration of Society (ROS). InsyaALLAH dalam tempoh sebulan ini A.M.A.L akan dinaik taraf sebagai NGO berdaftar. Dengan ini, banyak perkara akan dapat dipertingkat dan diperkemas sekaligus menyebarluaskan lagi A.M.A.L kepada alumni Maahad bukan sahaja di Malaysia bahkan yang berada di seluruh dunia.

Sehingga sekarang A.M.A.L boleh dikatakan telah wujud di semua kampus di Malaysia (yang ada alumni Maahad), dari matrikulasi sehingga ke kampus induk dan swasta. Malah telah diketahui kewujudannya di Al-Azhar Mesir, Queens University Belfast United Kingdom, universiti di Jepun, Jerman, Russia, Jordan, Ukraine, Damsyiq, Madinah, Indonesia dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, sumbangnya mereka dalam A.M.A.L masih belum terserlah disebabkan keahliannya yang sedikit.

Mudah-mudahan, A.M.A.L secara tidak langsung menjadi suatu tambatan akhirat, yakni pusat pelaburan saham akhirat kepada kita semua generasi Maahad dalam berganding bahu menyampaikan seruan Islam kepada seluruh masyarakat khususnya di Malaysia tercinta. Semoga sinar Islam kembali gemilang dan berada di puncak keagungannya yang sebenar.

*Sedikit sedutan ucapan Pengerusi AMAL, Pok Uda.. di ambil dari facebook AMAL



S l i d e s h o w gambar sekitar majlis 'Family Day AMAL 2010'


Tahniah di ucapkan kepada pihak penganjur kerana berjaya merangka dan menjayakan program ini. Teringat kepada program seumpama yang telah berjaya di adakan empat tahun yang lalu (kalau xsilap) di Wetland, Putrajaya. Tapi rasanya program di Wetland dahulu lebih teratur dan pelbagai program nya. Mungkin kekangan waktu membataskan perancangan untuk penganjuran kali ini.

Tapi kalau di amati, kebanyakan yang terlibat dan hadir ke kedua-dua 'family day' yang telah di adakan di peringkat Lembah Klang ini, kebanyakan yang hadir adalah terdiri dari rakan-rakan yang masih lagi bergelar mahasiswa dan mahasiswi. Bagaimana pula dengan yang sudah berkerjaya mahupun yang telah berkeluarga? Walhal kalau kita lihat, ramai jer dari kalangan bekasan Ma'had yang membina karier dan berkeluarga di sekitar Lembah Klang dan dibumi Selangor Darul Ehsan ini.

Tapi sayangnya, tidak ramai yang sudah bekerjaya ataupn berkeluarga ini yang turut serta untuk sama-sama turun bagi memeriahkan majlis sebegini.
Berdasarkan pemerhatian, ambo melihat lepasan pelajar maahad ni dapat dibahagikan kpd beberapa golongan yang mana mempengaruhi penglibatan mereka dengan AMAL itu sendiri.


Golongan 1 : Tidak mahu terlibat dengan program AMAL. Mereka ini setelah selesai belajar di maahad, mereka tak mahu lagi dikaitkan dengan sebarang elemen yang berkaitan dengan ma'had2 ni.

Sebab apa? mgkn bila mngaku budak ma’had ni, orang akan expect dia belajar ilmu agama dan insyaAllah akan jadi seorang yang baik. Tapi sayangnya ilmu2 yang
di pelajari itu hanyalah sekadar untuk memastikan mereka lulus di dalam peperiksaan seperti PMRU atau SMU sahaja sebenarnya. Bukan untuk dijadikan pedoman didalam kehidupan mereka.

Kalau di peringkat kampus, selalunya yang menjauhkan diri dari AMAL ini apabila mereka menemui pasangan cinta di alam kampus. Bukan sekadar bercinta melalui sms ataupun ym mahupun apa-apa teknologi yang ada pada masa kini, tapi kehebatan mereka juga diserlahkan apabila tanpa segan silu keluar bersama-sama berdua-dua tanpa satu ikatan yang sah.. gi shopping, tengok wayang, g Genting Highland dan sebagainya lah. Hebat kan?


Ada juga yang ditarbiah semenjak di sekolah lagi, tapi ada saja yang sengaja menjauhkan diri dari program AMAL dengan 1001 alasan yang tercipta.Masih kurang kefahamankah?
Tapi pada masa yang sama, kita dapat lihat, ada muka2 yang waktu disekolah tidak dikenali pun atau mungkin dikenali dengan seorang yang bermasalah namun dapat menjadi seorang yang komited, mendahului orang2 yang menangkap mereka melakukan kesalahan di bangku sekolah ketika suatu masa dahulu.. Syabas! huhu

Sewaktu di kampus menjadi kepimpinan dalam AMAL, atau bergiat dengan aktif sekali... tapi bila sudah bekerjaya, sudah berumahtangga.. tak tahu hilang kemana..apabila di ajak, nescaya akan ada sebab musabab yang menyebabkan bliau tak mampu pergi.



Golongan 2: Tidak mahu terlibat dengan program AMAL, tapi lebih suka untuk bersama2 dengan rakan-rakan ma’had di dalam program yang mereka rancang dan anjurkan sendiri. Mereka hanya akan terlibat jika rakan-rakan mereka yang lain turut sama di dalam program itu. Dengan kata lain,’kalu mum g, aku g etek..kalu dok gak.. aku pun paka dok g gok ah..’.berehh.



Golongan 3: Mahu join tapi malas. Kalau benda tu memudahkan dia utk pergi, dia akan pergi. Kalau agak menyusahkan dirinya, dia akan secara automatik akan malas.
Malas nak berusaha lah kata lainnya. Mungkin mengharapkan bulan jatuh ke riba..


Golongan 4: Faham akan peranan AMAL dan terus komited dalam mendokong perjalanan sebuah AMAL. Selalunya muka-muka yang sama akan kelihatan hoh0..



K e s i m p u l a n n y a:


1. Mereka yang bersedia untuk mentarbiah dan ditarbiah, berazam mengislahkan diri, insyaAllah akan melihat AMAL sebagai satu medium yang ada untuk mengikat mereka dengan rantai-rantai yang dapat menegah dari melakukan apa yang di larang oleh Allah, sepertimana yang mereka belajar di madrasah muhammadi suatu masa dahulu.



2. Gagal memahami asas perjuangan AMAL dan juga gagal melihat peranan yang AMAL boleh laksanakan terutamanya di dalam masyarakat dan yang paling utama di dalam perjuangan Islam itu sendiri cenderung untuk memandang enteng terhadap AMAL. Mereka melihat program yang dilaksanakan tiadalah akan matlamat dan tujuan yang ingin dicapai.
Walhal ia sebenarnya lebih dari itu. 'Family day' ini sebagai contohnya, ialah suatu
hari yang dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dan merapatkan ukhuwwah sesama ahli. Penting ke ukhuwwah?

Terlalu banyak contoh-contoh yang berlaku pada zaman Rasullullah SAW bagi menunjukkan betapa pentingnya ukhuwwah di dalam sesebuah organisasi atau jemaah
itu. Contohnya, rasulullah telah mempersaudarakan dua puak semasa peristiwa hijrah, iaitu di antara puak Muhajirin dan Ansar bagi memastikan kelancaran agenda dakwah Islamiyah itu sendiri.

Imam Hassan Al-Banna juga telah meletakkan ukhuwwah ini juga adalah salah satu daripada rukun dalam berjemaah.

“Umat manusia ini diibaratkan seperti batu-batu yang berselerak.. dan ikatan yang bisa mengikat mereka ini adalah ikatan ukhuwwah..”



Mungkin mereka yang ganas-ganas, rockers dari lepasan ma’had akan melihat contoh-sontoh dan ‘term2’ islamik sebegini sebagai tidak ‘up to date’, tidak kontemporari, xsesuai dan sebagainya lah.. tapi sudah menjadi syarat.. untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat, benda-benda asas beginilah yang selayaknya menjadi pedoman dan ikutan sepanjang hayat.. Bukankah nabi juga adalah sebaik-baik ikutan? Tidak kiralah walau sehebat mana sekalipun arus kemajuan dan kemodenan itu melanda hidup di dunia yang sementara cuma ini.



Di peringkat AMAL pula, ambo melihat mungkin boleh mempelbagaikan lagi bentuk program yang sesuai untuk setiap lapisan golongan bagi menarik lebih banyak penyertaan ahli-ahli, sebagaimana parti-parti politik berusaha dalam mendapatkan seramai mungkin senarai daftar pemilih. Macam-macam program yang dibuat dan di atur.. Hoho

Sebagai contoh, mungkin program futsal yang menjadi sukan popular dikalangan orang-orang muda masa ini dapat dijadikan salah satu alternatif untuk menarik
golongan no. 2 seperti yang ambo nyatakan di atas.


Tahniah sekali lagi dari ambo..

Friday, March 5, 2010

Senyum Sokmo..



*This is John.. from Kabupaten, Tanah Datar, Padang, Indonesia

Wednesday, March 3, 2010



Menerangkan makna hadis ini, Syeikh Muhammad Al Ghazali berkata dalam bukunya Khuluqul Muslim: “Bila seorang tidak mampunyai rasa malu dan amanah (tanggung jawab), ia akan menjadi keras dan berjalan mengikuti kehendak hawa nafsunya. Tak peduli apakah yang harus menjadi korban adalah mereka yang tak berdosa. Ia rampas harta dari tangan-tangan mereka yang fakir tanpa belas kasihan, hatinya tidak tersentuh oleh kepedihan orang-orang lemah yang menderita. Matanya gelap, pandangannya ganas. Ia tidak tahu kecuali apa yang memuaskan hawa nafsunya. Bila seorang sampai ke tingkat prilaku seperti ini, maka telah terkelupas darinya fitrah agama dan terkikis habis jiwa ajaran Islam (Khuluqul Muslim, h.171).

Apa khabar dengar indeks malu di kalangan orang kita Malaysia? Semakin hari semakin terhakis rasanya dan semakin menuju kearah apa yang di maksudkan oleh hadis di atas..
menakutkan.. "jika allah ingin menghancurkan sesuatu kaum di cabutnya rasa malu dari mereka.. "

Di setiap lapisan masyarakat kita dapat lihat di hadapan mata kepala sendiri bagaimana semakin tak tahu malu nya manusia..

Perempuan-perempuan pada hari ini tanpa segan dan silu melanggar suruhan dan arahan agama agar menutup aurat mereka.. Tak tahu ke yang rambut mereka ni akan ditarik dan digantung dengan bara-bara api dan dibakar dengan dahsyat dekat akhirat kelak?

Muda mudi bermula remaja belasan tahun lagi sudah tak malu untuk kesana-kemari, berpegangan tangan, tanpa batas dan adab pergaulan..

Bila sudah terlanjur, tanpa rasa malu dan dengan zalim nya membuang bayi-bayi yang tidak berdosa pula.

Isteri pada hari pula tanpa rasa malu menduakan suami mereka..

Ibubapa tanpa rasa malu membiarkan anak-anak mereka tanpa didikan agama.. ibu bertudung bapa bersongkok, anak tudung entah kemana, berbaju ketat menzahirkan aurat.

“Bila seorang tidak mampunyai rasa malu dan amanah (tanggung jawab), ia akan menjadi keras dan berjalan mengikuti kehendak hawa nafsunya."

Pekerja-pekerja tanpa rasa malu mengkhianati majikan dan duit rakyat.

Sebagai contoh: MARA telah membeli sebanyak 15 unit pencetak laser Hewlet Packard P3005X berharga RM7,722 seunit berbanding dengan harga pasaran berjumlah RM5,000 seunit.

Jumlah wang dibazirkan sebanyak RM40,830....

Sumber : http://www.audit.gov.my/images/stories/pdf/laporan_kan/badan_berkanun/2008/LaporanKAN2008_BBP.pdf
(Muka Surat 70)

Dapat duit banyak tapi pembiayaan dan penajaan pelajar semakin tiada.

Ada juga yang tanpa rasa malu mengaku dirinya diliwat tanpa membawa pembuktian yang kukuh.. dan pada masa yang sama, kita dapat lihat dengan jelas bagaimana undang-undang dimanipulasi.. siapa lagi yang boleh dipercayai andainya sebuah badan tertinggi dalam bab hukum-menghukum, yang diharapkan dapat membawa keadilan tapi rupa-rupanya masih ada yang lebih tinggi mengawal setiap keputusan yang harus di buat?

Pemimpin-pemimpin hari ini tanpa rasa malu mengkhianati amanah rakyat yang memilihnya dengan melompat kesana kemari.. tanpa rasa segan dan silu menerima sogokan berupa jutaan wang ringgit, bayaran untuk mereka mengkhianati amanah ini.. berbaloi kah?

Pemimpin-pemimpin hari ini tanpa rasa malu merampas hak orang lain.. mengubah undang-undang mengikut kemahuan mereka asalkan memenuhi kehhendak mereka. Tanpa rasa malu merampas sebuah kerajaan di negeri Perak. Tanpa rasa malu merampas harta sebuah negeri tapi kemudiannya hendak memberikan ihsan kepada negeri tersebut. Pencuri yang baik hati..

Walhal kebenaran sudah terang lagi bersuluh..

"Kalau ada pendapat menyebut Royalti hanya dibayar apabila carigali dijalankan kurang 3 batu nautika, itu pendapat yang salah. Kerajaan pusat, Negeri, Sabah dan Sarawak semua mendapat 5% tidak kira dilokasi mana carigali dilakukan”
-Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman (Bekas Peguam Kanan di Jabatan Peguam Negara)

”Akta (Akta Kemajuan Petroleum 1974) tersebut telah menyebut dengan jelas perkataan On-Shore iaitu daratan sehingga 3 batu nautika (diukur pada paras surut air laut) dan Off-Shore (perairan negeri/laut lepas).
Saya merasa amat hairan mengapa mereka-mereka ini termasuk yang bergelar Professor di Universiti tidak merujuk kepada perkataan tersebut. saya cukup sedih dengan tindak tanduk mereka yang cuba mengelirukan rakyat, sedangkan pada tahun 1975, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Nasir telah menandatangani 1 perjanjian memberi hak kepada Petronas untuk kerja-kerja carigali minyak di kawasan On-shore dan juga Off-Shore"
-YB Tuan Nik Syaghir Nik Mohd Nor (Bekas Ketua Jabatan Undang-Undang Petronas)

"..Tak peduli apakah yang harus menjadi korban adalah mereka yang tak berdosa. Ia rampas harta dari tangan-tangan mereka yang fakir tanpa belas kasihan, hatinya tidak tersentuh oleh kepedihan orang-orang lemah yang menderita. Matanya gelap, pandangannya ganas. Ia tidak tahu kecuali apa yang memuaskan hawa nafsunya. Bila seorang sampai ke tingkat prilaku seperti ini, maka telah terkelupas darinya fitrah agama dan terkikis habis jiwa ajaran Islam.."

Lalu, layakkah orang yang tidak tahu malu dan telah terkelupas darinya fitrah agama dan terkikis habis jiwa ajaran Islam ini memimpin sebuah masyarakat? Mungkinkah mereka ini yang menjadi punca lahirnya golongan-golongan yang tak tahu malu di dalam masyarakat sepertimana yang telah disebut diatas? Itu baru sedikit contoh yang di paparkan, yang pastinya lebih banyak golongan yang tak tahu malu ini yang boleh kita saksikan setiap hari di dada-dada akhbar, tayangan berita dan pelbagai sumber lagi.

Tuesday, March 2, 2010

Dari setitis air

Lalat




Adalah Allah, Tuhan seluruh alam, yang menciptakan semua makhluk hidup, dan masing-masing dari mereka adalah bukti keberadaan-Nya. Di samping Allah, tak ada kekuatan lain yang mampu menciptakan walaupun seekor lalat. Fakta ini telah di nukilkan oleh Allah dalam Alquran:

"Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu.

Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya.

Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu.

Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah." (Al-Hajj, 22: 73)

Dragonfly



Pepatung

Sejenis serangga yang terbang.

Sayap pepatung merupakan ciptaan Allah yang menakjubkan. Selaput sayapnya begitu terperinci dan aerodinamis.

Gilles Martin, seorang photographer alam, telah melakukan pengamatan 2 tahun untuk meneliti pepatung. Dan dia juga menyimpulkan bahwa makhluk ini memiliki cara terbang yang sangat rumit. Dua sayapnya saling silang pada badannya dan menampakkan biasan warna dari biru muda hingga merah maroon. Dengan bentuk demikian, pepatung memiliki kemampuan pergerakan yang luar biasa. Tak peduli pada kecepatan atau arah bagaimana pun ia bergerak, pepatung dapat mendadak berhenti dan mulai terbang kembali dengan arah berlawanan. Atau, pepatung dapat tetap diam di udara untuk berburu. Pada kedudukan seperti itu, ia dapat bergerak dengan sangat cepat menuju mangsanya. Ia dapat mempercepat gerakannya hingga kecepatan yang sangat mengejutkan untuk ukuran seekor serangga: 25 mil/jam (40 km/jam).

Pada kecepatan ini, pepatung berlanggaran dengan mangsanya. Hentaman akibat perlanggaran ini sangat kuat. Namun, tubuhnya yang lentur dapat menyerap hentaman tersebut. Sebaliknya, hal yang sama tidak terjadi pada mangsanya. Mangsa pepatung akan kehilangan kesedaran atau bahkan mati karena hentaman tersebut. Kecepatan pepatung ini dapat dianalogikan dengan kecepatan seorang atlet lari 100 m di Olympic iaitu 24,4 batu/jam (39km/jam).

Pembuat helikopter terbaik di dunia, Sikorsy telah menjadikan serangga ini sebagai konsep untuk menghasilkan model helikopter buatan mereka. Caranya, perusahaan IBM, telah bekerjasama untuk membuat kajian melalui teknologi komputer (IBM 3081). Lalu 2000 penggambaran khusus dilakukan di komputer bagi menganalisa pergerakan-pergerakan yang dilakukan di udara oleh serangga ini. Maka terhasillah sebuah helikopter yang berkonsepkan pepatung ini.

Helikopter Sikorsky dirancang dengan meniru rancangan sempurna dan kemampuan gerakan dari seekor pepatung. MBB, perusahaan pembuat senjata dan roket, telah mengambil rancangan aerodinamis dan cara terbang pepatung sebagai acuan dalam pembuatan helikopter jenis BO-105. Perusahaan helikopter Amerika Syarikat, Sikorsky, telah merancang desing baru dengan menciplak secara langsung cara pepatung terbang pada helikopter.

Sungguh banyak teknologi Allah yang menakjubkan. Teknologi manusia sangatlah kerdil di hadapan-Nya. Bahkan manusia hanya mampu meniru keajaiban-keajaiban design di alam yang telah Allah ciptakan untuknya. Namun sedikit sekali manusia yang mengambil pelajaran.

*Di sunting dari halaqah.net kiriman Ummi Munaliza, melalui sedikit proses pengolahan.
Fakta-fakta diperoleh dari laman http://www.insight-magazine.com/indo/edisi_9/

Monday, March 1, 2010

Teguh Pendirian & Sabar



























Allah berfirman dalam surat Al-Baqarah 155-157 yang ertinya:

"Dan Kami akan beri cobaan kepada kalian berupa rasa takut dan lapar dan susutnya harta kekayaan, jiwa dan buah-buahan, dan hiburlah orang-orang yang sabar. Yaitu apabila mereka ditimpa musibah akan mengucapkan "Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya kami kembali". Mereka itulah yang mendapat kurnia dan rahmat dari RabbNya, dan mereka itulah yang mendapat petunjuk."

seper3 malam

_

__________________________________________sepetik lagu

Listen to Quran